Читать онлайн книгу «Satu Malam Di Annwn» автора Owen Jones

Satu Malam Di Annwn
Owen Jones
William Jones, seorang petani biri-biri dari Brecon Beacons, telah hidup dengan gembira, sehingga isterinya, Sarah, mati semasa muda. Ianya menghancurkan hatinya dan seakan mahukan pembinasaan diri. Anak perempuannya, Becky cuba menolong, tapi dia juga hilang sabar dengan ayahnya. Satu petang, dia pasti dia sudah meninggal dan dibebaskan dari kesengsaraannya, tapi ianya tidak kesampaian. Dia berjaya diselamatkan. Tapi hidupnya tidak seperti dulu lagi. Dia telah menjumpai Annwn di mana isterinya tinggal, dan juga menjumpai kesegaran diri baru yang merubah kehidupannya dan juga pada semua yang lain yang dia kenali.
Satu Malam di Annwn Cerita Pengalaman Hampir Mati William Jones, petani biri-biri dari Brecon Beacons, telah hidup dengan gembira, sehingga isterinya, Sarah, mati semasa muda. Ianya menghancurkan hatinya dan seakan mahukan pembinasaan diri. Anak perempuannya, Becky cuba menolong, tapi dia juga hilang sabar dengan ayahnya. Satu petang, dia pasti dia sudah meninggal dan dibebaskan dari kesengsaraannya, tapi ianya tidak kesampaian. Dia berjaya diselamatkan. Tapi hidupnya tidak seperti dulu lagi. Dia telah menjumpai Annwn di mana isterinya tinggal, dan juga menjumpai kesegaran diri baru yang merubah kehidupannya dan juga pada semua yang lain yang dia kenali. Satu Malam di Annwn adalah cerita cinta yang melebar ke pembahagian terulung - iaitu antara hidup dan mati; meninjau pada pengalaman hampir mati dan penampilan baru pada syurga mitos Welsh, iaitu Annwn. Bersedialah untuk melihat sudut lain mitos Welsh Celtik, tapi kamu tidak akan memikirkan tentang kematian dengan cara yang sama lagi. Itu dijamin!



1
2 SATU MALAM
3 DI
4 ANNWN

Cerita Berkenaan NDE Willy Jones

oleh

1 Owen Jones

Diterjemahkan oleh

1 Mohd Fazidin Jabar


1 KENYATAAN HAKCIPTA
Hakcipta © 2021 Owen Jones Penulis
Oleh Megan Publishing Services
http://meganthemisconception.com (http://meganthemisconception.com/)

Semua hak-hak terpelihara.
Nota-nota Lesen
Ebuku ini dilesen untuk keseronokan peribadi anda sahaja. Ebuku ini tidak boleh dijual semula atau diberi kepada orang lain. Jika anda mahu berkongsi buku ini dengan orang lain, tolong beli senaskah lagi untuk setiap penerima. Jika anda membaca buku ini dan tidak membelinya, atau ianya tidak dibeli untuk anda gunakan sahaja, maka tolonglah beli naskah anda sendiri.
Terimakasih untuk anda kerana menghormati kerja keras penulis ini.

1 BUTIRAN PERHUBUNGAN
http://facebook.com/angunjones (http://facebook.com/angunjones)
http://twitter.com/lekwilliams (http://twitter.com/lekwilliams)
owen@tigerlilyofbangkok.com (mailto:owen@tigerlilyofbangkok.com)
http://owencerijones.com (http://owencerijones.com/)

Sertai suratkhabar kami untuk informasi dalaman
berkenaan buku-buku dan penulisan Owen Jones
dengan memasukkan e-mel anda di:
http://meganthemisconception.com (http://meganthemisconception.com/)

1  KANDUNGAN
1 Willy Jones
2 Perjalanan Willy
3 Sarah
4 Annwn
5 Kerusi Pembelajaran
6 Berjalan Keliling
7 Kesedaran Semula
8 Pondok Bryn Teg
9 Hobi-hobi Baru
10 Kumpulan Kemajuan
11 Penyembuhan Kerohanian
12 Sukarelawan Trompet
13 Kedudukan Terakhir
14 Kedudukan Horn Gallop
Senarai Istilah
…. Pemintal Takdir
Berkenaan Penulis

1 1 WILLY JONES
“Ayah, kamu sudah bangun?” jerit Becky ke dalam pondok kotor, tidak berlampu sambil menutup pintu depan dibelakangnya dengan bunyi bang jika ayahnya masih belum bangun. Dia terus terfikir yang dia sepatutnya membiarkan ianya terbuka. Bau sangat teruk. “Ayah, saya di sini, Becky! Bangunlah sekarang, tolonglah, Ayah!”
Dia membuka langsir di tingkap depan bilik itu, yang agak besar untuk pondok kampung lama Welsh, tapi ianya masih kecil mengikut piawaian moden. Dia membukanya seluas mungkin dan mengikatnya pada gelung fesyen lama dan balik semula ke dapur.
Salah satu punca bau menjadi jelas serta-merta. Kiddy, anjing tua penjaga biri-biri Welsh sedang mencangkung sebelah pintu belakang nampak malu-malu.
“Jangan bimbang tentang itu, gadis tua, kamu tidak salah. Dia sepatutnya membawa kamu keluar beberapa jam yang lalu”. Dia membuka pintu belakang dan menyebarkan kotoran lebih banyak lagi ke atas lantai lino itu. “Tahi!” katanya tidak sengaja bila bau baru, yang lebih kuat keluar dari longgokan tahi yang baru dikacau dan bercampur udara.
Sejurus selepas bukaan cukup besar, Kiddy dengan berterimakasih menyelinap keluar ke laman, gembira dapat menjauhi sumber yang memalukannya.
Becky mengambil baldi dan kain lantai busuk dari bawah sinki, tapi terpaksa mengosongkan pinggan-mangkuk ke atas para sebelum dia boleh mengisi baldi di sinki untuk membersihkan lantai. Tanpa air panas dan bahan pembersih yang sesuai, dia menggunakan air sejuk dan sabun serbuk.
Tiada sarung tangan getah juga, jadi dia merangkak dan mula membersihkan kotoran anjing itu.
“Tahi, tahi, tahi dan tahi lagi!” dia berbisik sendiri. “Rumah ini satu lubang tahi!” sambil bergerak sekeliling dua kaki panjang calitan coklat, tumit kasutnya melekat ke lantai. Seluruh dapur perlukan pembersihan kuat dengan air mendidih, fikirnya.
Bila dia berjaya dengan bahagian yang kecil, Becky pergi ke laman dan ke tandas luar dan buang air dalam baldi. Kemudian dia basuh tangan dan baldi di bawah paip air luar; tuangkan bahan peluntur dari tandas ke dalamnya dan penuhkannya dengan air semula, biarkan kain lantai basah dan berharap bersih dengan sendirinya.
Dia masuk semula ke dapur, sumbat sinki, pasang paip, buka tingkap dan letakkan pinggan-mangkuk ke dalamnya untuk membasahkannya. Barangan memasak yang telah digunakan sejak dia berada di situ sebelum ini adalah kuali, tapi semua pinggan-mangkuk kotor dan juga banyak cawan-cawan, gelas-gelas wiski dan bir.
Dia tahu maksudnya. Satu gorengan dan teh waktu pagi, lewat pagi atau awal tengahari; satu gorengan dan bir waktu petang dan beberapa wiski sebelum tidur. Keadaan menjadi semakin sukar dan Becky cepat hilang sabar dengan ayahnya, walaupun dia simpati dengan anjing tua itu kerana terpaksa hidup seperti dalam kandang babi dengan ayahnya, yang seakan tidak kisah dengan bau dan degradasi itu.
Sedang dia membasuh pinggan-mangkuk, dia memandang keluar ke banjaran gunung yang pendek beberapa batu jauhnya dari apa yang boleh dikatakan laman, tapi pernah cantik bila dia tinggal di situ. Gunung-ganang sentiasa menjadi tarikan padanya, dia memgikut jejak ibunya berkaitan itu. Ibunya sudah membasuh pinggan-mangkuk dua atau tiga kali sehari di tingkap itu dan memandang gunung-ganang itu selama empat puluh dua tahun.
Dia dan ayahnya ingat yang ibunya gembira bermain dan berlegar mengelilingi mereka sekarang kerana sudah tiada dengan mereka lagi. Ibunya meninggal di sebabkan kanser servik lima tahun yang lalu. Ianya sangat mengejutkan, sebab dia tidak pernah pergi ke pemeriksaan kesihatan anjuran hospital. Didapati sakit dan meninggal dalam masa tiga bulan; ianya terlalu mengejutkan.
Walaubagaimanapun, pada hari-hari sekarang, Becky lebih mengetahui penyakit itu, dan telah mendapatkan pemeriksaan kesihatan sendiri, dan mengagak bahawa ibunya yang bekerja kuat, sangat tabah tahu dia ada masalah, tapi tidak mahu menjadi beban dan mungkin suka mati dan berada jauh dari kemurungan berada di kebun pergunungan yang kecil, terpencil dan kesepian.
“Saya akan buatnya seawal saya turun!”
“Oh! Kamu membuatku terkejut! Saya harap kamu tidak merangkak ke belakang saya seperti itu. Saya pernah beritahumu sebelum ini, kan, Ayah?”
“Itu satu cara yang baik untuk menyapa si tua Da kamu, saya yakin. Lagipun, saya bukan merangkak dan jika iapun, saya dibenarkan dalam rumah sendiri”.
“Bagaimana keadaan kamu hari ini, Da?” Dia kadang-kadang terperangkap dalam warisan lama dan memanggil ayahnya ‘Da’ dan kadang-kadang bercakap Welsh, tapi tidak begitu selalu sejak Becky balik dari kolej hortikultur dan ibunya meninggal.
“Saya baik-baik sahaja. Saya cuma sangat letih dan tidak nampak kenapa harus bangun awal bila ianya sejuk. Kenapa tidak tunggu matahari memanaskan tempat ini dulu dan duduk atas katil? Ada teh ke? Saya haus. Mulut saya rasa macam tali seluar buruh”.
“Haruskah kamu memberi grafik meloyakan? Saya bukan ada dua pasang tangan, kamu tahu! Saya terpaksa membersihkan kotoran si tua kesian Kiddy sebab kamu terlalu ‘letih’ untuk mengeluarkannya, dan tempat ini terlalu kotor untuk makan di dalamnya”.
“Dan kamu sepatutnya lebih menjaga diri sendiri”, katanya memaling dan melihatnya dari atas ke bawah. “Kamu nampak sangat kusut”.
William Jones sedang berdiri di hadapannya dengan seluar tidur tanpa selipar. Rambut putih spara kepala menajam ke semua arah dan otot-otot mukanya nampak seakan masih tidur. Secebis bau nafasnya bila dia bercakap menunjukkan yang dia betul berkenaan aksi minuman wiski - yang mungkin cukup untuk kepeningan tegar.
“Pergilah berus gigi kamu dan jirus air ke muka untuk berasa lebih segar?”
“Saya tidak perlu dileter berkenaan pembersihan sendiri dari kamu, terimakasih sahajalah. Saya ada rutin sendiri, yang dimulakan sejak enam puluh tahun yang lampau dan ianya cukup bagus. Saya tidak akan mengubahnya sekarang, bukan untukmu atau orang lain. Ibu tua kesayanganmu tidak pernah merungut dan piawaiannya cukup bagus buatku.”
“Lagipun, jika kamu mesti tahu dalam dan luar bontot kucing, saya sedang berjalan untuk guna tandas. Jadi, beriku jalan…”
Dia keluar. Dia memang selalu guna paip air di luar melainkan ada salji atau ais atas tanah, dan mandi masih sekali seminggu, masa-masa istimewa.
Anaknya keringkan tangan atas tuala teh, isikan cerek, hidupkan api di bawahnya, masukkan tiga beg teh ke dalam teko, selepas meninjau yang ianya kosong, dan kembali membasuh pinggan mangkuk.
“Pergi pakai baju, Da”, dia mendesak ayahnya bila ayahnya masuk kembali dan mencapai tuala yang tergantung pada cangkuk di belakang pintu belakang. “Saya sedang buat roti bakar dan teh pun akan siap waktu itu. Pergilah sekarang, dan jangan ambil masa terlalu lama”.
Dia panaskan teko, masukkan beg teh dan tuangkan air ke dalamnya, selepas itu tarik penyumbat sinki dan hidupkan api pemanggang. Dia bawa makanannya sendiri seperti biasa, sebab Encik William jarang ke kedai, dan dalam peti aisnya memang selalu tiada apa-apa. Dia akan berbuat sesuatu nanti, tapi dia mahu bersarapan dulu.
Semasa pemanggang memanas, dia teringat pada anjingnya, dan letakkan lebihan makanan yang dibawa ke dalam mangkuk makan anjingnya. Mungkin ada tin makanan anjing yang separa buka, separa guna, sudah kering dalam peti ais, tapi itu boleh tunggu dan Kiddy berhak hadiah dari masa ke semasa.
Hampir sebelum dia mendengar ayahnya turun dari tangga ke bawah, dia membawa alas meja keluar pintu hadapan, gantikannya dengan yang baru dan bentangkan sarapan.
“Lihat, kamu boleh kelihatan kemas jika kamu mahu, Da”.
“Tiada orang yang akan melihatku, jadi kenapa kisah? Kamu tidak letakkan bir dengan keju cair itu”.
“Tidak, kamu minum cukup bir sepanjang hari tanpa perlukannya untuk sarapan juga”.
“Bir dalam keju bukan macam minum bir, ianya tradisional. Kejanggalan Welsh, itulah. Ianya adat Welsh berdekad lamanya, tapi kamu sukakan keju cair tanpa bir cara Inggeris, tanpa bir”.
“Satu hari, kamu akan berterimakasih, dan kejutan itu terlalu kuat hingga saya mati dan bertemu ibumu atas pergunungan di belakang. Ibubapa merungut anak-anak tidak berterimakasih, tapi yang dah tua, atau kamu semestinya, adalah lebih buruk”.
“Saya minta maaf, Becky” katanya sambil melihat anaknya. “Saya syukur semua yang kamu lakukan untukku, betul… Cuma orang-orang tua sudah tegar dengan cara mereka. Ibuku, semoga rohnya berehat, sentiasa letak bir dalam keju cair untuk ayahku yang tua, dan ibumu sentiasa buat begitu juga untukku. Selepas enam puluh tahun makan keju dan bir atas roti bakar, kamu cuba mengubahnya ikut cara kamu. Kamu nampak tak, nampak?”
“Ya, Da, sekarang boleh tak diam berkenaan bir keparat tu!”
“Ooh! Bahasamu, Becky! Ibumu tidak suka bahasa kasar dalam rumah ini dan saya juga untuk menghormatinya! Itu lagi satu tabiat buruk yang kamu dapat dari kolej Inggeris itu”.
“Tidak, bukan! Saya dapatnya dari kamu”.
William tidak pasti jika ianya benar atau tidak, tapi memutuskan tidak bertengkar. “Ianya teh yang bagus, dan keju ini suatu yang baru, jika kita bersama seperti ini sekali sekala”, katanya.
“Sebenarnya, saya tahu mungkin ada bir dalam peti ais, tapi saya tidak boleh ke sana sebelum saya habis makan”.
Ayahnya ketawa. “Sekarang saya sudah faham! Saya tidak suka ke sana sendirian… lagi-lagi jika gelap. Kamu tidak tahu apa yang bersembunyi di sana. Sesuatu mungkin gigit tanganku!” dan dia cuba menangkap tangan anaknya.
Anaknya sempat menarik diri ke belakang berseloroh.
“Kenapa kamu hidup begini, Da? Tidak perlu begini, kan? Kamu bercakap tentang tradisi, tapi ibu sentiasa menjaga bersih rumah ini. Ianya kebanggaan dan kebahagiaannya, tapi saya rasa dia akan malu menjejakkan kaki dalam sini sekarang”.
“Baiklah, itu di mana kamu silap, Cik Memandai dengan pendidikan kolej Inggeris itu. Saya selalu duduk dan berbual dengan ibumu dalam lingkungan dinding-dinding ini”.
“Saya tahu, Ayah, tapi saya percaya dia akan menggeleng kepala dengan apa yang kamu sudah biarkan terjadi pada tempat ini. Ianya busuk macam jamban pagi tadi… bir, wiski, kotoran anjing dan makanan lama yang reput. Ianya hampir membuat saya sakit!”.
“Saya minta maaf, saya tahu saya tidak menjaga tempat ini dengan baik kadang-kadang, tiada lagi galakan untuknya lagi. Saya cuba kadang-kadang, betul. Keazaman sudah tiada lagi, saya rasa”.
“Marilah duduk dengan kami? Kami suka kamu bersama kami dan kami sudah selalu bertanyakan ini pada kamu. Tempat ini terlalu besar untuk cuma seorang, lebih-lebih lagi seorang yang tidak pernah buat kerja rumah sendiri. Kamu tidak berupaya, Ayah, dengan sakit sendi, belakang dan kaki bengkak”.
“Kamu buatku rasa macam hendak masuk kubur. Baiklah, saya tahu kamu cuba, kamu semua sangat baik hati, tapi saya tidak mahu tinggalkan rumah ini. Terlalu banyak orang dan ingatan untukku di sini dan si tua Kiddy. Lagipun, jika kami keluar, ibumu akan keseorangan di sini”.
“Saya tahu kamu percayakan itu, Ayah, tapi saya rasa jika ada hantu, dan saya rasa ianya sepatutnya ada, maka mereka bolehlah pergi ke mana sahaja mereka mahu. Mereka tidak akan berpaut di satu lokasi sahaja”.
“Tapi, saya tidak begitu pasti. Kamu selalu dengar yang satu tempat atau rumah itu berhantu, kan? Sebenarnya saya bukanlah jenis yang berbahasa emosi seperti menghantui dan sebagainya, tapi saya rasa hantu, seperti manusia, menjadi tertarik pada satu tempat dan duduk di situ”.
“Tapi mengapa mereka tertarik? Ianya tidak masuk akal”.
“Ya, ianya betul jika kamu berfikir mengenainya. Kita dengan badan menjadi tertarik dengan kawan-kawan, keluarga dan hartanah. Jika saya mati esok, tidak bermakna kamu akan pergi dan tinggal di Zimbabwe, kan? Jika meteor terhempas ke kebun tua ini, saya tidak akan angkat kayu dan pindah ke Scotland, kan?”.
“Tidak, sudah tentu tidak. Saya secara emosi tertarik kepada tempat ini. Saya duduk di sini dan jika saya perlu pergi sementara waktu, saya akan kembali. Begitu juga sembilan puluh peratus orang lain. Cuma musafir luar yang pelik yang pergi jauh lama-lama dan kebanyakan mereka mati di rumah juga. Kamu percayalah saya bahawa hantu, atau orang tanpa badan, berperangai sama untuk sebab yang sama dengan orang berbadan”.
“Adakah kamu benar-benar nampak Ibu dan bercakap dengannya bersemuka?”.
“Itu soalan yang susah untuk dijawab, sayangku. Saya bercakap denganmu pagi tadi, tapi kamu membelakangiku dan tidak nampakku. Walau begitu, ianya tidak bermakna kamu tidak tahu yang saya di belakangmu, kan? Jawapan kepada soalan kamu tadi, saya tidak nampak dia seperti saya nampak kamu sekarang, atau berbual seperti ini. Saya rasa saya ada nampak sekilas ibumu, seperti TV yang rosak dan saya mendengar suaranya dalam kepalaku”.
“Kamu nampak Ibu di TV? Saya ada melihatnya itu dalam filem, tapi tidak pernah dengar ianya berlaku dalam kehidupan nyata. Kamu pasti?”.
“Tidak, saya tidak bermaksud begitu langsung! Saya mungkin terlihat imejnya di tingkap, di wap dari cerek atau pada bayang-bayang dalam rumah. Saya ada teori berkenaan itu. Ibumu belum belajar bagaimana memancarkan dirinya lagi, dan saya tidak tahu apa untuk dilihat. Kamu faham?”.
“Saya tidak pasti. Bila kamu mati kamu matilah, betul tak?”.
“Orang beranggapan begitu, tapi tiada sesiapa betul-betul pasti, kan? Atau saya tukar kenyataan… tiada sesiapa boleh buktikan yang mereka tahu. Ada orang yang tekad dialah orang kanan Tuhan di atas bumi ini, tapi Tuhannya tidak membantu dia buktikannya juga. Tapi, ianya dihebahkan kepada dunia dari media Katolik sebagai petunjuk yang tiada bantahan. Bagaimana dia atau mereka boleh berkata begitu pada hari dan zaman ini?”.
“Jika ada penjelmaan semula, kita pernah mati sebelum ini, jadi apa yang ada untuk belajar?”.
“Dalam masa sama, jika ada penjelmaan semula, kita pernah dilahirkan, tapi perlu belajar semula cara berjalan dan bercakap dan berkelakuan. Mungkin, orang-orang yang sudah mati perlu belajar semula bagaimana membuat badan mereka lebih cerah atau tebal supaya boleh dilihat oleh kita. Samalah dengan suara mereka”.
“Jadi kenapa tidak ramai orang boleh nampak banyak hantu setiap masa?”.
“Saya rasa mereka nampak, tapi kita tidak mendengar mengenainya. Gereja Kristian sangat berpengaruh dan menyokong negara dalam banyak perkara, jadi negara menyokong ia. Mereka saling bantu membantu dan persatuan ini membiayai akhbar dan media ini membentuk pandangan masyarakat sekarang, jadi mereka sokong sesame mereka. Saya percaya ada berpuluh juta orang India yang nampak dan bercakap dengan hantu setiap hari. Saya pasti jutaan lagi berbuatnya setiap hari dalam setiap negara, tapi mereka cuma beritahumu tentang jihad atau pope cium tar jalan tertentu. Ianya konspirasi dan ianya sudah berjalan berdekad lamanya sejak mereka mula membunuh ahli sihir”.
“Kamu betul-betul percayakannya, Ayah? Ianya seakan igauan melampau, tidak ke?”.
“Itu memang apa yang mereka mahu kamu fikirkan! Jika mereka boleh membinasakan pandanganmu dengan menghina kamu, tidak semestinya pandanganmu sahaja, maka mereka berjaya dengan senang. Saya percaya sekarang, ya, tapi saya baru mencapai kesimpulan ini. Saya ada banyak masa untuk berfikir sejak beberapa hari ini, sejak ibumu tidak lagi menyuruhku cat pintu atau membaiki atap setiap kali saya nampak macam berehat sepuluh minit”.
“Ibu bukan macam tu!”.
“Dia memang pun, kamu tahu, tapi sekarang tidak lagi. Dia melalui kehidupan sukar, dan kita berdua tidak banyak membantunya lebih dari sepatutnya, jadi dia membuatku bekerja keras juga. Lihatlah, saya tidak kata yang dia bersalah buat apa yang dia buat. Ia menjadikan kehidupan kita lebih baik, tapi memang dia buat dan kadang-kadang, saya ke pub dari duduk di sini dan dileter sebab berehat beberapa jam. Dia tidak boleh tahan melihat seseorang tidak bekerja. Itu ialah cara lama… memang lazim masa tu. Saya bukan merungut. Saya duduk di pub beberapa tengahari, dan ianya cukup, dan sedikit sahaja lebih dari apa yang dia pernah buat”.
“Bercakap tentang kerja, saya harus beredar. Saya akan basuh lantai lino dapur dan bersihkan peti ais, tapi saya perlu pulang ke rumah lepas itu dan mula bersihkan rumah sendiri. Bawalah kerusi ke pintu dapur supaya kita boleh bercakap?”.
“Baik, baiklah. Saya tidak mampu lagi turun ke lantai untuk bersihkannya, atau saya tidak boleh bangun balik”.
“Kamu tak pernah pun basuh lantai sepanjang hidup, tapi jika kamu mahu, kamu boleh beli mop atau Squeegee. Sebenarnya, saya akan dapatkan satu untukmu sempena hari Natal kerana berkata begitu!”.
“Kamu kenal saya sangat, itu masalahnya. Lagipun, kami ada pembahagian tugas yang tegas, ibumu dan saya. Saya berkebun dan dia jaga rumah”.
“Ya, kecuali bila dia kena jaga taman sayuran dan herba juga”.
“Biasanya, itu sentiasa sebahagian dari kawasan rumah. Itulah di mana perempuan-perempuan tua cerdik, ahli sihir yang saya maksudkan awal tadi, guna untuk tanam herba supaya keluarganya kuat dan sihat. Itu bukan banggadiri lelaki, mereka mahukan dan perlukan tanaman herba itu. Jadi, belajarlah fakta sebelum kamu mengkritik apa yang kamu tidak tahu”.
“Baiklah, baiklah, saya menyerah kalah. Tengok, lantai sudah siap, dan ianya akan ambil cuma separuh masa dengan mop yang bagus. Sekarang peti ais”. Dia memandang ke arah ayahnya, berdoa dan buka pintu.
“Saya sedang masuk”, katanya. “Jeez, ianya macam Neraka dalam ni!”.
“Jangan melampau”, dia ketawa. “Ambilkanku satu bir, tinggalkan yang lain dan buang yang lain keluar, jika kamu mahu”, itulah yang anaknya buat.
“Baiklah, saya perlu pergi sekarang. Saya akan kembali esok pagi untuk kemas katil dan ruang depan. Apa yang kamu buat petang nanti, boleh saya hantar kamu mana-mana?”.
“Saya perlu fikirkan dulu… Sekarang, apa yang saya ada dalam jadual sosial untuk hari musim panas yang baik ini. Oh, cilaka, saya terhilangkannya. Apa yang harus saya buat sekarang? Saya tidak ingat satu pun temujanji. Tidak apa, saya akan bergantung pada cara lama, dan bawa Kiddy jalan-jalan keliling atas bukit sehingga kami berdua lapar semula dan pulang ke rumah semula untuk beritahu ibumu tentang perjalanan kami - berapa arnab kami nampak, berapa ular, dan berapa orang, yang selalunya tiada”.
“Itu sahajalah atau kamu hantar kami ke pub kampung dan berharap ada orang hantar kami pulang. Keputusan, keputusan! Ianya boleh, kan?”.
“Saya tidak pasti, tapi saya perlu pergi, dan itu yang pasti. Kamu mahu saya ambilkan pencenmu esok, Ayah, dan makanan dan bir?”.
“Ya, tolonglah, sayang. Kami akan jalan-jalan sahaja hari ini. Mungkin kami ke pub esok. Terimakasih atas semua yang kamu lakukan. Mari saya jalan denganmu ke kereta. Berikan sayang saya pada semua keluarga kamu, boleh? Sekarang, mana dia anjing saya?”.
““Kiddy! Kiddy! Dewch yma - mari sini.” dia mendengar ayahnya memanggil sementara dia perlahan-lahan memandu pergi, melihat ayahnya dan anjingnya yang taat pada cermin pandang belakang. Dia mangandai berapa lama lagi ayahnya boleh menampung diri sendiri dengan keadaannya sekarang.
Bila Becky telah pandu jauh, William masuk ke rumah, kunci pintu belakang dan ambil tongkatnya dari bucu di mana ia berada dan jaket ringan dari cangkuknya di pintu depan.
“Bye-bye, Sarah kesayanganku. Saya tidak pergi lama”, bisiknya, dan kunci pintu di belakangnya.
Dia tidak perlu tali untuk anjingnya sebab ia adalah anjing kerja penjaga biri-biri sepanjang hidupnya dan selalu mengikut kata dan arahan William. Mereka menyayangi sama sendiri sebanyak yang boleh oleh dua makhluk berbeza dan berjalan di perjalanan harian mereka yang melalui kebanyakan biri-biri lima tahun lepas, tapi sekarang cuma padang rumput terbiar. Dia periksa awan sekali lagi mengikut tabiatnya, tapi berpendapat ianya hari yang baik untuk kali ketiga pagi ini.

1 2 PERJALANAN WILLY
William menunduk ke bawah walaupun terasa sakit belakang untuk mengkaji tanah itu. Cuma ada sedikit hujan hari sebelumnya dan dia tidak perlu menyusahkan diri dengan rumput basah atau lumpur licin. Ianya masih lembut bila disentuh, jadi dia memilih untuk berjalan atas jalanraya pada hari itu dan bergerak ke atas menuju puncak bukit di mana mereka tinggal. Bukan dia sahaja yang ada kebun di bukit ini, tapi tiada yang lagi tinggi dari kebunnya, jadi dari situ hingga ke atas, dia anggapnya sebagai ‘Puncak Jones’, walaupun cuma panggilan, bukan undang-undang.
Keluarganya telah tinggal di situ sekurang-kurangnya selama lapan generasi mengikut Kitab keluarga, tarikh terawal ialah 1742. Semua generasi Jones dan ahli keluarganya. Cuma yang berubah dalam ribuan tahun adalah jalanraya, yang dibiaya kerajaan di awal Perang Dunia ke Dua untuk mereka memandu pasukan peninjau ke atas puncak untuk meninjau kedatangan kapalterbang-kapalterbang Jerman yang licik.
Ianya hanya membuang masa dan wang dan cuma simbolik pada perang itu sahaja. Orang yang bermanafaat untuk jalanraya itu cuma keluarganya, walaupun semasa itu, datuk dan neneknya tidak mahukannya kerana ia akan menggalakkan pelancong dan orang luar yang tidak dikehendaki. Mereka tidak sepatutnya risau. William jarang berjumpa satu atau dua kereta sebulan dan ianya selalunya kepunyaan orang kampung yang membawa anjing mereka jalan-jalan atau pergi berkelah dengan keluarga.
Dia dan isterinya, Sarah, lakukan yang sama dengan Becky anak mereka semasa masih di sekolah. Mereka akan cari masa untuk keluar, kerana itu adalah kelegaan buat mereka, setidak-tidaknya sekali sebulan. Dia tidak pernah mempunyai kereta, jadi ianya bergantung banyak pada cuaca yang tidak menentu seperti lautan.
Pergunungan merupakan pendinding yang baik kepada angin yang kuat dari cuaca Atlantik, tapi angin itu, kabus dan hujan yang mengikutinya turun ke atas Puncak Jones, dan turun bukit itu untuk meliputi kampung itu, yang dia boleh lihat dalam tiga puluh minit ia melingkungi bahagian bengkang bengkok yang mereka lalui semasa mendaki tadi.
Dia memeriksa galasnya dan berdiri tegak. Dia kebelakangan ini merasa cenderung untuk berbongkok jika dia tidak sentiasa berhati-hati. Dia tidak mahukan itu. Dia gunakan tongkat, sebagaimana yang selalu dibuat, sejak dari kecil. Kamu bukan seorang gembala yang bagus atau pejalan bukit amatur jika tiada tongkat yang baik. Di zaman dahulu, dia gunakannya untuk halau ular yang sekali-sekala muncul dan memukul biri-biri yang sesat, tapi bukan digunakan untuk berjalan, bukan macam sekarang.
Dia melihat Kiddy berlari ke depan seberang jalan - sisi yang lebih selamat, jauh dari pinggir bukit. Anjingnya tidak kisah tentang pemandangan ke bawah sepertinya dan memilih rumput lembut bawah kakinya. Dia terhidu sesuatu dan sedang mencari sumbernya belakang batu-batu kecil dan besar yang memenuhi kawasan itu. Anjingnya sudah berumur dua belas tahun, dan secara teknikalnya lebih tua darinya hampir dua puluh tahun, tapi masih mampu bergerak pantas. Secepat kilat bila dia terangsang untuk mengejar sesuatu. Selalunya arnab atau binatang kecil lain, sesekali juga ular.
Ianya lebih dari apa yang dia larat untuk buat masa ini, dia fikirkan dengan sedih. Dia tidak mampu kejar gadis cantik pun sekarang, yang lebih parah, dia tiada keinginan pun… ke mana semua tenaganya pergi? Dia mampu berlari ke atas dan bawah bukit ini sebanyak yang dia mahu berdekad lamanya dan sekarang dia bermasalah berjalan ke atas di bahagian terakhir dengan belakang yang lurus dan tongkat.
Pada masa ini, semasa dia keseorangan, yang selalu sekarang, membuatnya berfikir untuk apa semua ini padanya.
Dalam seratus ela, dia akan sampai ke batu besar di mana dia pertama kali cium Sarah, dan dua tahun kemudian Sarah terima pinangannya dan membuatnya seorang yang paling gembira. Dia tidak pernah beritahu sesiapa berkenaan batu itu, sebab dia pasti ayahnya akan beritahunya yang ianya tidak berasal dari situ; yang jengkaut askar telah tolak semua batu-batu ke tepi jalan sebab malas membawanya ke bawah.
Ayahnya akan menyebut sesuatu yang akan mengacau memorinya dan impiannya yang batu itu ada di situ selama-lamanya, atau setidaknya sejak zaman Ais Purba, yang padanya cukup lama untuknya sebagai romantik. Dia tidak pernah menyaksikan ketika yang baik antara datuk dan neneknya, di kedua-dua belah, atau juga ibubapanya sendiri. Mereka jenis yang lasak, keras, tidak mengarut, sesuai dengan zaman mereka, walhal dia membesar dalam keadaan kaya semasa lepas perang di mana ada harapan dan kekayaan. Ianya tidak pun terpengaruhi atau sampai ke bukit ini, tapi jelas dalam media bahawa oder Dunia Baru telah bermula.
“Sudah sampai masanya!” dia ingat ayahnya berkata satu hari. “Saya harap ianya lebih baik dari dulu!”. Ibunya memarahi ayahnya yang mencarut dan dia pun ambil paipnya ke laman belakang ‘untuk sedikit keamanan’.
Dia syukur sampai ke batu besar dan duduk. Kiddy letakkan kakinya ke atas permukaan di sebelahnya, renungnya dengan mata yang masih bersinar, diselubungi bulu putih-kelabu dan menjelir. William juga hampir menjelir, tapi dia gosok bulu anjingnya, sebagaimana dibuat pada Sarah bertahun lamanya dulu, dan anjingnya segembira dengan bakal isterinya semasa itu.
“Kamu perempuan baik. Kamu memang perempuan baik memang baik. Perempuan baik!” dan Kiddy nampak puas dengan pujian itu dengan menjilat tangan tuannya. Dia meninjau seberang jalan yang sempit itu dan lembah yang luas selepasnya. “Ibu dan Ayah saya pernah beritahu yang ahli sihir, bunian dan pari-pari hidup di bukit-bukit dan lembah-lembah ini… dan datuk dan nenek pernah nampak! Dan saya percaya mereka…” katanya pada anjingnya. “Sehingga saya dewasa dan berpendidikan”.
“Saya tidak mahu dilihat sebagai seorang budak petani yang bodoh semasa itu… Saya seorang Lelaki Baru dalam Dunia Baru dan Dunia Lama hanya untuk orang-orang tua yang bodoh. Ya, dan ahli-ahli sihir itu juga dan Keluarga Fair - Y Tylwyth Teg. Tapi, ianya kelakar, kamu tahu, Kiddy, perempuanku, lagi tua saya jadi lebih jelas cerita-cerita lama itu pada saya… dan sekarang? Saya mula mempercayainya semula”.
“Adakah kamu bersama Orang-orang Fair, sayangku Sarah atau kamu kembali ke pondok. Saya bersungguh-sungguh rasakan yang kamu duduk sebelah saya atas batu cinta kita sekarang…”.
Tangisannya tidak menjadi, tapi dia fikir ianya akan menjadi pada orang yang ‘Biasa’. ‘Terlalu banyak Da dalamku untuk menangis di khalayak ramai!’ jeritnya kuat, tapi cuma kerana tiada sesiapa pun berbatu-batu di sekelilingnya.
“Saya ialah orang tua bodoh tolol, itulah saya, kan, Kiddy? Seorang bodoh, tolol yang tua… Marilah, kita bergerak semula”.
Dia turun dari batu berdiri dan anjingnya meletakkan kakinya ke peha tuannya, mengharapkan belaian dan menggoncang ekornya sebab dia dapat rasakan perasaan tuannya kembali tenang. Mereka mula berjalan dan dia betulkan posisi tubuhnya semula.
Lebihkurang tiga puluh minit kemudian, mereka berjalan merentas permukaan konkrit di atas Puncak Jones, atau Bryn Teg - Bukit Fair - namanya yang sebenar. Matlamatnya ialah bangku di bucu lapisan konkrit. Dalam kenangan terawalnya pada puncak bukit itu, satu bangsal kecil di mana askar pemerhati boleh berteduh dari cuaca buruk masih ada di situ dan bila ianya lama tidak digunakan, pacar-pacaran pun mengambil alih.
Selepas bertahun dirunguti ibubapa-ibubapa, dan beberapa perkahwinan paksa, majlis perkampungan meruntuhkannya. Dia masih tersenyum bila teringat surat yang dihantar seseorang pada kolum pendapat pembaca. Dia anggap bangsal itu seperti jerawat di atas kepala orang separa tua yang botak. Tapi jerawat itu sudah hilang sekarang dan untuk kenangan sejarah diletakkan bangku taman di situ. Jika kamu duduk dengan membelakangi pergunungan, kamu akan rasa seperti duduk di puncak dunia dan boleh melihat berbatu-batu jauhnya.
Untuk pacar-pacaran bercinta, mereka masih lagi ke sana tapi semuanya memandu kereta sekarang, dan menggunakan kontraseptif, atau kebanyakkannya sahaja.
Ianya satu hari yang baik. Terdapat angin lembut yang tidak dapat dielakkan, tapi ianya sangat lembut. Ia membuatkan rambutnya merembang, tapi ianya menyegarkan dan membuatnya gembira untuk hidup semula, walaupun dia tahu perasaan ini cuma sekejap. Sebaik sahaja mereka meninggalkan tempat ajaib itu, dia akan berfikir untuk apa semua ini semula. Dia tahu bila dia ada keluarga, tapi dia tidak ingat lagi.
“Marilah, perempuan manisku, kita turun kembali”. Itu adalah isyarat untuk anjingnya diberi hadiah sebelum pulang. William selalunya bawa sebiji epal atau sebuku coklat bersamanya untuk tenaga untuk perjalanan pulang dan dia selalunya beri anjingnya biskut juga. Anjingnya merapatinya sambil mengerak-gerakkan ekornya penuh harapan.
“Perempuan baik, Kiddy”, dia belai kepala anjingnya sebelah tangan sementara ia makan biskut di tangan sebelah lagi. “Itu sahaja yang ada, jom kita pergi”.
Sedang William bangun, sebuah kereta muncul di atas konkrit dan memancarkan lampu. Seorang lelaki baya William keluar dan juga seorang gadis.
“Hello, Bill. Selalunya saya datang sini dan tidak jumpa sesiapa. Walaupun begitu, saya gembira bertemu kamu sebenarnya. Ianya hari lahir saya dan saya akan menyambutnya di pub kampung. Saya sedang menunjukkan cucu saya pemandangan yang indah dari bukit ini, selepas itu bawa dia pulang dan terus ke bawah. Kamu nak ikut?”.
“Saya tidak pasti, Dai. Selamat Hari Lahir untukmu”. Dia melambai ke gadis di sebelah kereta sambil membelai anjingnya.
“Marilah, saya tumpangkan kamu dan anjingmu naik kereta. Lebih baik dari menonton TV siang hari, kan?”.
“Ianya pasti tanpa ragu-ragu. Ya, marilah. Anak perempuan saya ada bertanya jika saya ingin turun pagi tadi. Saya beritahu ‘Tidak, saya akan buatnya esok’, tapi ini adalah sebab yang baik untuk tukar pendirian. Marilah!”.
“Bagus! bagus! Jika kamu ada telefon saya sudah menelefonmu untuk jemput, tapi kamu tiada kan?”.
“Jangan risau! Ianya membazir duit sahaja, kawan… Tidak berfungsi pun. Tiada sambungan, tiada elektrik separuh masa juga”.
“Tidak, dunia sini sudah dilupai masa, itulah tempat kamu tinggal. Ia seperti seratus tahun dulu yer… mungkin dua ratus…”.
“Jika tiada sekeping konkrit ini, tiada apa yang berubah selama ribuan tahun, Dai, ribu-ribuan”.
Bila Dai sudah menunjukkan cucunya sekeliling puncak bukit itu, dia janji berinya ais krim dan mereka semua masuk kereta untuk turun.
“Anjing tua kamu busuk sedikit, kan, Bill? Tidakkah kamu rasa ianya masa mandikannya?”.
“Tidak, saya tidak mahu! Dia seekor perempuan pekerja kebun, bukan jenis manja. Dia mahu berbau seperti anjing supaya anjing lain menyukainya, bukan seperti anjing bandar. Kamu tidak boleh jumpa anjing yang bersedia lompat ke dalam sungai seperti si tua Kiddy, tapi saya tidak akan letak bedak dan pewangi ke atasnya untuk orang lain fikir dia berbau harum. Saya tidak percaya pada memanjakan anjing.
“Dia seekor anjing, dan jika kamu suka anjing, kamu harus terima hakikat yang anjing tidak berbau seperti kita”.
Dai memandang kawannya dan bersetuju, tapi mengandai bahawa kawannya juga perlu sedikit ‘pemanjaan’.
Dai pandu melepasi satu kedai dekat kampung, beli ais krim untuk cucunya dan bawanya pulang ke rumah, selepas itu mereka berjalan sedikit ke bawah bukit ke ‘Bryn Teg’, rumah awam kampung itu. Ianya sudah hampir pukul empat.
William memasuki pub itu dahulu, tapi berpusing untuk memegang pintu terbuka untuk kawannya tanpa melihat ke dalam. Semasa Dai berjalan masuk, suara ‘Selamat Hari Lahir’ bergema. Mereka berdua melihat sekeliling bar kekaguman pada hiasan dan kelengkapan. Tuan dan puan rumah, Harry dan Joyce, memulakan nyanyian hari lahir diikuti dengan sepuluh atau dua belas lelaki dan wanita, semuanya dalam lingkungan umur bersara.
“Sebenarnya saya terkejut!” katanya pada semua sambil dia dan William ambil bangku dekat bar dan Kiddy duduk bawah meja dekat pintu seperti biasa.
“Segelas benda pahit, Dai?” tanya Harry.
“Ya, silakan, Harry. Siapa buat semua ini?”.
“Ianya cadangan Joyce, tapi beberapa kawan-kawanmu menolong kami menghias tempat ini. Benda pahit untuk kamu juga, Bill?”.
“Aye, terimakasih, Harry. Saya dapatkannya”.
“Selamat Hari Lahir, kawan!” katanya sambil melagakan gelasnya dengan gelas kawannya bila minuman mereka sampai, “dan banyak lagi”.
“Terimakasih, Bill. Semoga majujaya, kawan. Saya gembira kamu datang. Saya tidak menjangkakan semua ini dan itulah kebenaran. Terimakasih dengan segala kepayahan untuk hari lahirku, semua orang”, katanya berdiri dan mengangkat gelasnya kepada semua. “Saya tidak pernah ada majlis hari lahir sejak anak-anak keluar rumah. Ianya satu fikiran baik. Terimakasih, Joyce”.
Bila kegembiraan awal disebabkan kemasukkan Dai mula menurun, kebanyakkan lelaki balik menonton perlawanan bola ulangtayang, sementara yang lain bertukar cerita berkenaan kehidupan kampung dan pertanian di bukit secara am.
“Mahu main Crib, Dai?”.
“Mestilah. Pertaruhan biasa?”.
“Aye, satu mata sepuluh sen. Harry, daun terup, silakan”.
Harry menggangguk dan mencapai terup. Dia tahu apa yang mereka mahu sebab mereka main Crib bersama selama sembilan belas tahun dia menjadi tuan rumah Bryn Teg, dan dia diberitahu yang mereka sudah mainnya selama yang sama sebelum dia mengambil alih rumahnya.
“Patutkah saya beri Kiddy yang selalu?” tanya Harry.
William melihat ke atas bahunya ke anjingnya yang lidahnya terkeluar, dan ekornya bergerak-gerak bila dia memberikan ia perhatian.
“Ya, silakan, Harry. Itu gajinya untuk menunggu saya, dan dia sudah menjangkakannya”.
“Berapa lama dia sudah kemari? Sepuluh tahun?”.
“Dua belas, tapi dia bukannya selalu sehingga saya jual semua biri-biri lima tahun lepas”.
“Dua belas tahun, ke? Cepatnya masa berlalu?” katanya sambil tuang benda pahit ke dalam mangkuk yang William tinggalkan di belakang bar untuk anjingnya, dan ditambah air. Dia letakkannya dan sebungkus kerepek perisa dendeng babi salai atas bar dan berjalan mengelilingi kaunter.
“Itu dia, perempuan tua”, katanya sambil meletakkan mangkuk itu di atas akhbar semalam dan kosongkan bungkusan kerepek atasnya. Kiddy sabar menunggu, ekornya menari-nari dan lidahnya terjelir-jelir. Sebaik sahaja Harry habis membelai kepalanya, dia terus membaham habuannya.
“Saya suka buat itu padanya. Saya sebenarnya mengharapkannya” kata tuan rumah yang baik hati itu.
Petang itu berlalu dengan cepat, dan selepas beberapa permainan, yang kebanyakkannya dimenangi Dai untuk duit kopi, William sudah bersedia untuk pulang.
“Belum sedia pulang, Bill?”.
“Aye, saya sudah minum tiga gelas dan dua jam dan dia dapat duit saya - nasib budak hari lahir, jadi ianya masa untuk pulang”.
“Aw, marilah, saya baru kali ini menang. Saya beritahu kamu, duduklah lagi sejam dan bukan sahaja saya belanja segelas, saya berimu dua kali ganda taruhan”.
“Oh, saya tidak tahu”, katanya tapi dia sedang menimbang cadangan itu. Kawannya tidak perlu beli minuman sepanjang petang dan dia ada sembilan puluh lapan sen dari duit William.
“Baiklah, tapi saya perlu bawa keluar anjing itu untuk Gypsy nombor satu. Pundi kencingnya tidak sekuat dulu”.
“Kamu boleh kata begitu pada kita semua”, jawab Dai. “Kamu buatlah dan saya juga perlu ke tandas”.
Kiddy melepas di parkir kereta dan melihat ke tempat lain dari William dengan malu seperti selalunya jika buang air dan kemudian mula berjalan pulang. William bersiul dan buka pintu untuknya. Anjingnya bergegas ke dalam dan mengambil tempat masing-masing.
“Saya perlukan itu”, kata Dai sambil menghulur sebuku daun terup untuk ditebar, “dan nampaknya anjingmu juga”.
“Dia ingat dia akan balik makan malam, jadi saya cuma boleh tinggal sejam sahaja. Bergembiralah, Dai. Terimakasih untuk minuman”.
“Sama-sama”, jawabnya.
“Saya akan dapatkan balik duit saya dari kamu sekarang”.
“Tidak! Saya akan sebat punggung kamu. Nasib saya baik, saya boleh rasainya”.
Sembilan puluh minit dan dua gelas selepas itu, William bangun untuk pulang sekali lagi, dan Dai tidak cuba menahannya.
“Pergi tandas sekejap, lepas tu kita pulang. Saya tidakkan sampai sebelum pukul lapan sekarang. Saya tidak selincah dulu kamu tahu. Oh, dan sebungkus kacang, Harry, tolonglah”.
“Tiada masalah, kawan. Terimakasih untuk pengajaran di Crib, tapi saya hampir dapatkan kamu masa ini. Kamu memang bagus, kamu sangat bernasib baik, betul!”.
“Itu kemahiran, kawan! Saya sedang cuba mengajar kamu permainan itu selama empat puluh tahun. Tidakkah kamu rasa tiba masanya kamu beredar dan cuba snooker pula?”.
“Saya akan kalahkan kamu masa depan”.
“Dalam mimpi kamulah. Berseronoklah dengan hari lahir kamu. Bye semua, masa untuk naik bukit itu ke rumah”. Dia melihat sekeliling bilik itu, tapi sudah jangkakan yang tiada menawarkan menghantarnya pulang walau sebahagian jalan. Bila dia buka pintu, Kiddy sudah pun di hadapannya.
Kiddy selalunya bergerak dahulu keluar dari kampung, dan dia akan mengekori dua setengah ela di belakangnya. Dia pun tidak tahu kenapa anjingnya berjalan begitu, tapi dia syak yang anjingnya sedang memaksanya berjalan lebih laju. Bila mereka sampai ke jalan bukit itu, anjingnya bergerak lebih jauh ke depan, ke belakang dan di sisi kanannya.
Lima gelas lebih dari apa yang William biasa selalunya dan ia membuatnya menyanyi sendiri senyap-senyap sambil cuba untuk tidak jatuh semasa menaiki bukit. Dia suka nyanyi sajak yang dia belajar semasa di sekolah dan gereja. Dia tidak tahu satu pun lagu moden, kecuali dari Max Boyce yang mereka nyanyikan di pub semasa perlawanan ragbi antarabangsa, dan dia bangga kerananya. Kebanyakkan sajak boleh dinyanyinya dalam Welsh dan Inggeris, tapi dia lebih suka versi Welsh.
Empat puluh minit kemudian, William menghampiri persimpangan yang ada sebuah lagi batu yang mereka selalunya berehat di atasnya di bahagian cerun rumahnya. Dia meraba poket jaketnya untuk bungkusan kacang yang dia kongsi dengan Kiddy sebelum meneruskan perjalanan terakhir yang pendek ke rumah. Ianya lebih kepada saguhati untuk berhenti dari keperluan. Kedua-duanya menikmati waktu rehat mereka, juga kudapannya dan mengisi masa kehidupan dalam persaraan. Semasa dia memusing di persimpangan, dia mula bertanya-tanya di mana Kiddy. Ianya tidak biasa bagi anjingnya tidak memeriksanya setiap beberapa minit.
Selepas itu dia nampaknya. Dia terbaring atas tanah dekat batu itu. Ianya sangat anih yang anjngnya tidak duduk di tempat biasa sebelah kanan batu itu.
Dia mempercepatkan berjalan. Lima puluh ela darinya, anjngnya menendang, melengkungkan belakangnya dan kemudian tidak bergerak. Dia mula berlari dan memanggil namanya, tapi anjingnya tidak menjawab.
Dia melutut atas tanah keras, tapi tangisannya bukan kerana itu. Dia boleh nampak yang kawannya sakit jantung dan tidak berjaya mengharunginya.
William memeluknya atas ribanya dan menangis seperti budak. Selepas tiga puluh atau empat puluh minit kemudian, dia mengangkatnya dengan tangan kanan dan cuba berdiri tapi tidak mampu. Lututnya terlalu lemah, jadi dia merangkak ke batu itu dan guna tangan kirinya untuk berdiri. Dia duduk atas batu itu dengan anjingnya di atas riba dan menangis lagi. ‘Dia tidak pun jamah kacangnya!’ fikirnya dan merasa sakit pada tangan kiri. Kekejangan kuat pada dadanya dan dia mengerang sambil dia dan Kiddy jatuh dari batu itu ke rumput nipis di bawahnya.

1 3 SARAH
“Di mana saya?” tanya William pada orang-orang di sekelilingnya. “Saya di hospital?”.
“Ya, kamu boleh panggil ia begitu. Kamu sangat sakit, tapi kamu sudah bertambah pulih sejak kami menjumpaimu, jadi ada kemungkinan yang kamu akan pulih sepenuhnya”.
“Terimakasih, doktor. Fikiran saya masih kelabu. Saya rasa ia mesti mabuk arak. Saya minum terlebih sikit dari biasa… Ianya hari lahir kawan…”.
“Ya, kami tahu, tapi jangan bimbang tentang apa-apa seperti itu sekarang kamu perlu rehat sahaja”.
“Kiddy, anjing saya, mati, ke?”.
“Jangan risau tentangnya juga. Dia dijaga dengan baik. Kami merawatnya juga. Kamu boleh berjumpa dengannya lagi tidak lama lagi”.
“Saya tidak faham… siapa jumpa saya? Tiada orang naik ke bukit itu malam-malam. Saya mesti sangat bernasib baik… Oh, mungkin ianya pacaran yang bercinta…”.
“Tolonglah”, kata doktor itu “cuba berehat. Kamu akan faham semuanya dalam masa sesuai, tapi bukan sekarang”.
“Baiklah, doktor, kamu lebih tahu yang terbaik. Saya sangat letih. Selagi Kiddy saya sihat saya gembira… Saya tidak tahu apa saya perlu buat tanpanya…”.
William mula tidur dengan nyenyak di mana dia berasa panas dan selesa. Kiddy dekat kakinya dengan kepalanya di atas lututnya. drifted off into a deep sleep in which he felt warm and comfortable.
Bila dia terjaga dia berasa lebih baik.
“Saya tidur dengan nyenyak”, katanya pada seorang perempuan di sisi katilnya. “Saya berharap tidak minum sebanyak itu lagi… kepala saya sudah cerah sekarang. Saya dapat sakit jantung? Adakah itu yang membawa saya kemari?”.
Perempuan itu datang dekat memberikannya penglihatan lebih jelas buat pertama kali. “Hello, Willy. Ya, kamu boleh memanggilnya sakit jantung”.
Dia meneliti muka dan bentuk badan perempuan itu. “Kamu nampak seiras isteri saya semasa dia seusia kamu. Dia sahajalah yang panggil saya Willy. Ianya nama samarannya untuk saya, satu jolokan peribadi. Dia tidak pernah gunanya di tempat awam, disebabkan, er, konotasinya. Jika kamu faham maksud saya. Di masa lampau, wanita sangat pemalu di tempat awam”.
“Ya, yang baik, buruk masa lampau, eh, Willy?”.
“Ianya mengagumkan, persamaannya, maksud saya, ianya mengagumkan. Kamu boleh jadi anak atau adik isteri saya. Kamu ada saudara mara di Bryn Teg?”.
“Kami ada keluarga besar, saya ada saudara mara hampir di semua tempat”. Senyumannya melebar seakan membuat jenaka nakal.
“Apa dia? Marilah, beritahu saya. Saya ada makanan di celah gigi? Kamu tahu, lebih banyak kita bercakap, lebih kuat rasanya kita pernah bertemu sebelum ini”.
“Kamu benar-benar tidak mengecam saya, Willy? Saya jamin yang kita sudah lakukan lebih lagi dari bertemu. Itu suatu kejanggalan!” kemudiannya dia tergelak kuat.
“Sarah? Tapi bagaimana ianya kamu? Maksudku jika kamu Sarah, tidakkah ia bermakna saya pun sudah mati?”.
“Betulkah, Willy? Kamu beritahu saya. Kamu baru bercakap dengan Becky pagi tadi yang kita sudah bercakap-cakap banyak kali dalam pondok”.
“Ya, betul, tapi ini lain… Saya boleh melihat dan bercakap denganmu seperti kamu ada di sini…”.
“Saya benar-benar ada di sini. Saya tidak pernah pergi. Oh, saya boleh pergi jauh… ramai yang buat, mungkin hampir semua, tapi saya tidak mahu tinggalkanmu sendirian. Kamu fikir saya sanggup?”.
“Tidak, saya rasa kita perlu belajar berhubung semula…”.
“Ya, ada banyak yang benar tentang itu, tapi seseorang itu perlu mahukannya juga, itulah mengapa kebanyakkan orang cuma nampak kawan-kawan dan saudara mara”.
“Jadi, er, kita betul-betul boleh bersama?”.
“Kita sedang bersama…”.
“Ya, tapi maksudku betul-betul bersama…, er, seperti suami isteri… seperti dulu?”.
“Tidak, saya rasa tidak, belum lagi, Willy. Dalam masa ini, ada rintangan antara kita yang tiada antara kita boleh lepasi, tapi satu hari nanti rintangan itu akan runtuh. Saya janji padamu”.
“Maksudmu bila saya mati?”.
“Jika kamu lihatnya begitu, ya, tapi kita di sini tidak suka guna perkataan itu. Ianya sarat dengan acara negatif, tidakkah begitu? ‘Mati’ - itu dia, saya kata, tapi ianya seperti ‘perkataan-N’ atau ‘perkataan-C’ untuk yang lain. Ianya tidak menyenangkan, tidak perlu dan ada banyak cara lain untuk menjiwai konsep itu. Kamu nampak apa maksudku? Adakah saya nampak mati padamu? Adakah dagingku mereput jatuh dari tulangku? Adakah mataku tersembul keluar? Adakah saya nampak seperti zombi dari Si Mati yang Berjalan?”.
“Tidak, kamu nampak cantik seperti selalu”.
“Terimakasih, dan kenapa saya perlu pilih untuk nampak lain dari yang lain untuk suamiku tersayang?”.
“Saya tidak terbayang”.
“Tidak, saya pun begitu. Jadi, mengapa orang fikir itu yang hantu buat? Betul, saya tidak faham - kita semua, semestinya”.
“Ya, baiklah, bila kamu kata begitu… Saya tidak akan guna perkataan itu lagi”.
“Bagus, terimakasih, sayangku”.
“Jadi, Sarah, jika kita tidak boleh buat, er, apa-apa bersama-sama, apa yang boleh dibuat? Oh, terlebih dahulu, di mana kita?”.
“Kita di tempat di mana orang-orang di alam ini panggil Annwn. Kamu pernah dengar nama itu sebelum ini, kan?”.
“Neraka, ke? Jesus, saya tidak fikir kamu atau saya akan pergi ke sana!”.
“Tidak, ianya bukan Neraka. Bila penganut Kristian awal mendengar yang kita Celts percayakan Annwn ada di dalam tanah, mereka cuba meyakinkan kita itu sama dengan Neraka mereka, tapi ianya tidak benar. Sebenarnya, Neraka tidak pun wujud. Untuk lokasi yang tepat, kita berada di bawah dan di sekeliling gunung-ganang dan bukit-bukau yang mengelilingi pondok cantik kita. Lagipun, di satu pandangan itu pun satu ilusi juga. Kita boleh berada di mana-mana pun yang kita mahu. Adakah itu lebih jelas?”.
“Sejelas air di parit, saying”.
“Saya bimbang yang setengah orang lebih sukar memahami konsep itu. Kadang-kadang ada yang ambil masa lama, kamu tahu. Kamu pernah ingat seorang yang dikenali sebagai Raja Henry VIII semasa kali terakhirnya di bumi? Jadi, dia di sini empat ratus lima puluh tahun, rasanya - sejarah bukan bakat saya, kamu pun tahu. Tapi, dia ada perhubungan Welsh jadi kami ambil dia lama sebelum saya ada di sini, tapi dia masih berlegar-legar menjerit ke orang lain, dan memerintah mereka. ‘Saya adalah Raja England,’ jeritnya, ‘dan saya perlu ditaati!’ saya tidak patut ketawa, tapi ianya sangat lucu. Ramai yang tidak memperdulikannya atau menghindarinya, tapi kadang-kadang ada yang tunduk hormat kepadanya untuk memperlinya. Kita ada beberapa yang gila macam itu.
“Kebanyakannya faham selepas beberapa lama. Kamu mahu saya bawa kamu sekeliling nanti?”.
“Ya, Sarah. Saya mahu. Bolehkah saya bangun dan berjalan terlalu awal selepas sakit jantung?”.
“Kamu perlu lebih berehat dulu, tapi tiada sesiapa di sini akan berbuat apa-apa untuk merbahayakan lagi kesihatanmu. Percayalah saya”.
“Oh, saya percaya kamu, Sarah, memang sentiasa. Kamu kawan terbaik yang pernah saya ada, dan itu mengingatkan saya. Doktor tadi kata saya boleh berjumpa Kiddy nanti. Sekarang boleh?”.
“Ya, jika kamu mahu. Kamu cukup sihat untuknya. Sekejap ye, tolong”.
Sarah bangun dan buka pintu yang dia tidak sedar sehingga saat itu. Kiddy masuk dengan ekornya menari-nari.
“Hello, perempuan, bagaimana kamu?” Ia melompat ke atas katil dan baring di sisi badannya… William mahu membelai kepalanya, tapi tidak boleh gerakkan tangannya untuk berbuat begitu.
“Dialah penyejuk hati saya, sejak kamu, er, pergi”.
“Saya tahu, tapi kamu tidak betul-betul keseorangan terlalu lama dan selepas saya kembali, sentiasa ada orang bersamamu”.
“Saya pasti kamu di situ, tapi saya tidak rasa ada orang lain”.
“Oh, ada ramai… ibubapamu, atuk dan nenekmu dari kedua belah pihak, gadis yang menyukaimu di sekolah - saya terlupa namanya sekarang…”.
“Gwladys…”
“Itu betul… dan ramai lagi juga”.
“Saya tidak merasai mereka, mata saya cuma untuk kamu, sayangku”.
“Kamu selalunya seorang yang bercakap sopan, tapi terimakasih kerana bercakap begitu. Ia masih rasa bagus. Kami sepatutnya cuba hilangkan kenikmatan dunia, tapi semua setuju ianya memakan masa… ianya mengingatkan saya. Macamana kamu boleh biarkan rumah kita nampak dan berbau seperti itu? Becky ialah seorang malaikat kerana menjaga kamu dengan caranya. Kamu tidak faham ke dia ada keluarga sendiri untuk dijaga? Saya cuba untuk tidak merasa aib dan malu lagi, tapi kamu membuatku merasainya. Saya tidak tahu nak kata apa bila ada orang lain yang ingin melawatmu. Tolonglah, William, kamu mesti berusaha menjaga dirimu dengan baik! Dan kesian si tua Kiddy kena hidup dalam kekotoran itu juga. Kamu harus berasa malu, William, kerana menonjolkan kepada kawan-kawanmu pada keadaan itu”.
“Saya minta maaf, perempuan tua”, katanya sambil cuba belai kepala anjingnya. “Anjing ni, maksud saya, bukan kamu, Sarah. Saya tidak terfikir dia kisah, atau kawan-kawan dan saudara mara akan melihat kehidupan saya. Saya malu memikirkannya sekarang”.
“Dan kamu memang sepatutnya, tapi jangan terlalu memikirkannya, cuma hidup dan belajar. Itu cara yang terbaik”.
“Adakah itu bermaksud ibubapaku ada di sini?”.
“Ya, ada berdekatan, tapi saya tidak pasti di mana. Saya boleh mencarinya, jika kamu mahu”.
“Tidak, tidak perlu buat masa sekarang, mungkin kita boleh berjumpa dengannya nanti bila kita berjalan-jalan”.
“Ya, baiklah, sayangku, saya akan bercakap dengan mereka nanti”.
“Saya baru perasan betapa sihatnya Kiddy… Dia kehilangan bulu ubannya. Adakah saya pun kelihatan muda?”.
“Rasanya biar saya jelaskan tentang penglihatan. Di sini, di Annwn dan tempat-tempat sepertinya, keterampilan kamu berdasarkan perasaan kamu terhadap diri kamu sendiri, kamu yang sebenar. Sejak kita tidak ada jasad fizikal seperti dulu, kita akan nampak kepada yang lain mengikut perasaan kita, dan kita boleh berubah pada hadnya menggunakan kuasa dalaman, walaupun ramai tidak kisah selepas sekian lama. Ianya lebih senang merubah pemikiran kita untuk memanafaatkan perubahan penampilan dari sentiasa berfikir untuk merubah bentuk badan kepada yang kita ingini”.
“Dari itu, semua di bumi mengenangkan kita pada jasad kita bila mati, itulah kenapa kamu tidak mengenaliku pada awalnya, walaupun saya memanggil kamu dengan nama manja kamu. Kamu nampak maksudku? Bila saya balik ke pondok saya perlu berfikir untuk nampak tua dan bongkok supaya kamu kenaliku dan tidak takut”.
“Percayalah saya, cuba menahan keterampilan palsu untuk sesuatu jangka masa adalah sukar. Ianya memakan banyak tenaga dan menggunakan banyak kepakaran dari latihan, sebab itu saya kata lebih senang berubah dari dalam ke luar. Tapi, bila ada keperluan mestilah…”.
“Adakah sebab itu kamu selalu kabur-kabur dan ghaib?”.
“Saya tidak sedar melakukan itu, tapi ya, mungkin. Ianya memang sukar. Saya menumpu perhatian untuk menonjolkan keterampilan itu, pergi dan cakap sesuatu dan terlupa keterampilan saya. Setidak-tidaknya saya tidak perlu buat itu lagi dengan kamu”.
“Maaf, kamu tidak menjawab soalan saya… Adakah saya kelihatan muda dan kacak semula?”.
“Kamu cukup untuk saya, sayang, tapi jawapannya tidak. Kamu masih ada jasad, dan ianya tua sama dengan yang lain… Kamu tahu, kulit meloyot, otot lemah, tulang belakang bengkok, uban, lemak lembek…”.
“Ya, cukup saya sudah jelas, dan adakah si kacak itu saya yang kamu lukis”.
“Saya minta maaf, tapi kami selalu berusaha pada perasaan dalaman di sini dan salah satu latihannya ialah bercakap benar… dan kamu pun bertanya. Saya bukan sengaja melukakan hatimu, ia tak? Lagipun, jasad fizikal kamu sudah menyerap kamu yang sebenar, dan jika kamu tidak membebaskan diri darinya dan tanpa latihan, kamu akan nampak sama di sini dengan di atas”.
“Tidak, itu bukan yang sebenarnya. Di sini kamu sebenarnya tidak membawa jasad fizikal kamu, jadi kamu mungkin berasa ringan, lebih lincah, lebih bertenaga, dan itu menjadikanmu lebih bahagia. Kamu mungkin rasa dua puluh tahun lagi muda bila kita keluar berjalan nanti”.
“Itu suatu untuk dikejarkan pun… Tapi tunggu sebentar! Jika saya belum mati, er, maaf, jika saya masih hidup, dan itu yang kamu katakan kan?” Dia mengangguk. “Di mana jasadku?”.
“Ianya dalam hospital”.
“Saya rasa doktor beritahu tadi yang saya dalam hospital”.
“Ya, betul, tapi dia cuma bersetuju denganmu untuk elak perbincangan ini dengan kamu. Kami rasa ianya lebih baik datang dariku”.
“Jadi, kamu kata yang saya bukan di hospital, tapi jasadku ya… di situ?”.
“Ya, tapi kamu boleh panggil ini hospital juga, jika kamu mahu. Kamu sedang beransur pulih setelah sakit mengejut. Cuma kita tidak kendali dengan jasad fizikal di sini. Separuh dari kamu ada dalam Hospital Kesihatan Cardiff”.
“Jadi, ianya di sana, lebihkurang empat puluh batu jauhnya, dan saya di sini bawah pergunungan?”.
“Ya, ianya terlalu dipermudahkan, tapi ia boleh diterima”.
“Bolehkah saya jumpanya lagi?”.
“Oh, ya. Kamu akan bergabung dengannya semula bila kedua-dua kamu sudah cukup pulih. Ianya tidak lama lagi”.
“OK, saya tidak risau tentang itu… lagipun saya tidak risaukan apa-apa pun sebenarnya…”.
“Baiklah”, senyum Sarah, “Itu cara yang kami suka”.
“Cuma saya ada banyak soalan. Bagaimana saya kemari? Dan macamana jasadku berada di sana?”.
“Ah, soalan yang bagus”.
“Saya terangkan tentang kamu dulu kemudian jasadmu, sebab mereka berbeza. Saya lawat kamu dari masa ke semasa siang dan malam, sebagaimana yang kamu tahu, dan saya tahu kamu ke pub dengan Dai, jadi saya biarkan. Selepas itu, saya lawat rumah dan bila kamu masih belum pulang saya terus turun ke kampung. Saya menjumpaimu dan Kiddy di batu rehat lama itu. Jadi, saya ‘bawamu ke sini’ menggunakan terma yang kamu faham dan minta pertolongan di sini. Pertolongan itu membawa kamu kepada saya, sebab saya nampak ianya bukan masa lagi kamu meninggalkan jasadmu untuk selama-lamanya”.
“Walaupun begitu, tiada apa yang boleh kami bantu pada jasadmu, jadi saya bergegas ke Becky, yang sedang tidur dan bercakap padanya dalam mimpi. Saya mungkin telah menakutkannya sedikit, sebab dia ingat ianya suatu mimpi ngeri. Dia kejutkan suaminya John dan beritahunya yang dia bermimpi ngeri di mana kamu terkulai di jalan selepas balik dari pub - ‘terlalu mabuk’, itulah ungkapannya saya fikir”.
“Lagipun, dia tidak berhenti mendesak John, jadi John beritahunya untuk menjaga anak-anak sementara dia pergi ke pondok. Saya tidak akan beritahumu apa mereka kata tentang kamu tidak mahu telefon bimbit. Tapi, dia bertemu jasadmu dengan senang sambil saya berdiri di sisi jasadmu menunjuk-nunjuk dan melompat-lompat. Saya tidak pasti bagaimana dia angkat kamu ke tempat duduk belakang tapi dia melakukannya, dengan sedikit pertolongan dari saya dan seorang lagi dan dia letak Kiddy dalam but dan bawamu jumpa doktor, yang juga sedang tidur”.
“Kamu membuat kekacauan besar, saya beritahu kamu dan kamu masih jadi perbualan kampung hari ini”.
“Kemahsyuran lima belas minit saya, eh?”.
“Lebihkurang begitulah, ya”.
“Lagipun, Becky duduk bersama jasadmu dan pergi ke hospital denganmu - sebenarnya, dia masih di sana. Kasihan perempuan itu tidak berhenti berdoa dan menangis, dan John sudah menanam Kiddy dalam laman belakang kita. Tiada siapa boleh buat apa-apa untuknya; dia sudah mati, tapi jangan risau, eh? Dia gembira sahaja, kan perempuan?” katanya sambil menunduk untuk membelai anjingnya. Ianya tidak mengambil masa untuk binatang membiasakan diri, sebab mereka tiada perasaan awalan yang mencegahnya dari melihat yang Benar”.
“Ya, dia perempuan baik. Dialah penyejuk hati saya sejak kamu pergi, er, pindah, atau ianya ke sana?”.
“Diganti dengan anjing, eh? Sangat kejam lelaki ni! Cuma gurau! Saya suka dia di sana. Untuk kematian, kamu boleh menerangkan dalam apa jua cara yang merujuk hakikat sebenar”.
“Bila kita keluar berjalan, saya tidak sabar untuk mengenali dunia bawah tanah kamu”. Dia keluarkan kakinya dari bawah selimut dan melihat bawah selimut. “Saya tidak berpakaian”.
“Bajumu ada dalam almari di hospital, tapi jika kamu merujuk pada dirimu di sini sekarang, yang sebenarnya bukan sahaja kamu tidak berpakaian, kamu tiada apa-apa pun”.
“Ya, saya ada. Saya ada selimut”.
“Tidak dari mana saya duduk”.
“Baiklah, apa ini? tanyanya sambil memegang bucu selimut ke atas.
“Itu dan katil yang kamu fikir kamu sedang baring atasnya adalah imaginasi kamu, tapi bukan saya. Sebab itu, kamu lihatnya, tapi saya tidak”.
“Katakan semula, tolong, Sarah?”.
“Bila kamu terjaga, kamu mengganggap kamu di hospital, jadi kamu lihat orang-orang di sekelilingmu sebagai doktor dan jururawat. Lagipun, pesakit di hospital baring atas katil berselimut, jadi itulah yang kamu nampak. Tapi, kami tahu yang kamu bukan di hospital untuk jasad fizikal dan kamu bukan atas katil dengan selimut, jadi kami tidak nampaknya. Kamu lihat apa yang kamu fikirkan”.
“Jadi, semua orang itu lihat saya, er, bogel?”.
“Saya tidak tahu apa yang mereka lihat. Ianya bergantung pada tahap kepercayaan dan apa yang mereka mahu lihat”.
“Jadi, kamu pun bogel juga?”.
“Apa yang kamu nampak, Willy?”.
“Ianya aneh… Bila saya mula-mula nampak kamu, kamu dalam unifom jururawat, tapi bila saya kenali kamu, kamu memakai pakaian yang dipakai sekarang - baju panjang putih dan sejambak bunga putih di rambutmu seperti mahkota. Yang peliknya, saya tidak nampak kamu bertukar…”.
“Itu sebab saya tidak, persepsi kamu padaku yang berubah, jadi ianya serta-merta, tapi cuma dalam kepalamu. Yang jelas, saya boleh biarkanmu memakaikanku apa sahaja, dan saya boleh berpakaian apa sahaja juga dan kita boleh kelihatan berbeza pada orang lain pada masa sama. Kamu belum berlatih untuk ini lagi, tapi kamu akan belajarnya bila kamu duduk di sini”.
“Saya suka baju putih panjang dan mahkota itu, saya rasa itu sesuai sekarang. Untukmu, Willy, cuba bayangkan kamu memakai apa jua pakaian yang kamu suka dan kamu akan jadinya, setidaknya untuk kamu sendiri. Bila kamu lebih mahir, kamu boleh mencadangkan pakaian yang kamu pakai pada sesiapa sahaja yang melihatmu dan mereka biasanya akan terima cadanganmu”.
“Bagaimana perasaanmu, sayangku? Adakah kamu cukup sihat untuk keluar?”.
“Ya, saya rasa hebat. Saya boleh makan seekor kuda juga. Kamu sukakan pakaianku?”.
“Kamu kelakarlah, Willy!” katanya sambil tersenyum kesayangan padanya. “Saya tidak nampak apa-apa pakaian, saya baru beritahumu. Saya cuma nampak Willy tersayang”.
“Mmm, saya cuba buat-buat tidak faham, atau saya tidak akan berani pergi keluar. Boleh kita makan dulu?”.
“Di mana, dalam bilik atau di luar?”.
“Di luar, saya rasa”.
“Kamu lapar?”.
“Saya kebulur”, katanya sambil mengosok perut.
“Kamu pasti?”.
“Tidak, saya tidak”, jawabnya perlahan. “Jika difikirkan, saya langsung tidak lapar. Paling tidak, badanku tidak lapar, tapi otakku mengatakan sepatutnya lapar. Saya andaikan saya tiada jasad untuk berasa lapar, kan?”.
“Ya, kamu tahu, tapi doktor di hospital sedang memberi makan padanya dengan penitis. Lagipun, kamu masih bersambung padanya, jadi kamu boleh rasa perutmu mengecil. Biar saya meyakinkanmu bahawa, kamu tidak lapar. Itu tidak pun menghalang kita dari makan jika mahu. Kita cuma kehilangan tabiat itu. Saya akan dapatkanmu sedikit makanan, jika kamu mahu, beritahu sahaja”.
“OK, biarlah ia buat masa ini. Kita ikut keadaan. Tunjukkan jalan, sayangku”, katanya sambil membuka pintu untuk isterinya.

Конец ознакомительного фрагмента.
Текст предоставлен ООО «ЛитРес».
Прочитайте эту книгу целиком, купив полную легальную версию (https://www.litres.ru/pages/biblio_book/?art=65495032) на ЛитРес.
Безопасно оплатить книгу можно банковской картой Visa, MasterCard, Maestro, со счета мобильного телефона, с платежного терминала, в салоне МТС или Связной, через PayPal, WebMoney, Яндекс.Деньги, QIWI Кошелек, бонусными картами или другим удобным Вам способом.